Ramai kakitangan atau kawan-kawan yang kerja di sektor awam yang bertanya prosedur atau cara-cara pembelian rumah dengan menggunakan pinjaman perumahan kerajaan. Sebelum ini pinjaman perumahan ini diuruskan oleh Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP). Bermula tahun 2016 BPP telah dinaiktaraf ke Lembaga Pinjaman Perumahan Sektor Awam (LPPSA).
Berikut adalah sedikit panduan untuk anda yang berhajat membeli rumah dengan menggunakan pinjaman perumahan kerajaan :
Kelayakan Pinjaman
Perkara paling penting ialah menyemak kelayakan maksimum bagi jumlah pinjaman yang dibenarkan. Jumlah pinjaman ini ditentukan oleh gred jawatan semasa anda. Nak selamat berhubung dengan LPPSA.
Harga Pasaran Rumah
Perkara ini amat saya tekankan kepada semua kakitangan awam. Sebab masalah timbul apabila rumah yang anda beli itu lebih tinggi dari harga pasaran. Sekiranya ini berlaku maka anda perlu menggunakan duit poket sendiri bagi membayar lebihan yang tidak dicover oleh pinjaman anda. Semakan harga pasaran boleh dibuat di pejabat Jabatan Penilai dan Perkhidmatan Harta (JPPH) di satu-satu daerah.
Contoh di daerah Hulu Langat, pejabat JPPH di PKNS Bangi. Dapatkan info rumah seperti jenis rumah, alamat penuh, luas tanah, luas bangunan dan detail renovation. Lagi bagus sekiranya ambil gambar sekali.
Booking atau Earnest Deposit
Pembayaran earnest deposit atau booking juga perlu dibuat dengan berhati-hati. Sekiranya anda berurusan dengan ejen hartanah berdaftar, pastikan banker cheque atau bayaran dibuat atas nama agensi hartanah.
Sekiranya pembelian terus dengan pemilik rumah, anda boleh buat bayaran earnest deposit. Pastikan ada surat pembayaran di mana anda dan pemilik rumah tandatangan surat tu. Nak lebih selamat buat bayaran booking melalui peguam anda.
Lantik Peguam Hartanah
Seterusnya anda perlu lantik peguam hartanah bagi menyediakan surat perjanjian jual beli atau sales purchase agreement (SPA) dan surat perjanjian pinjaman atau loan agreement. Selepas SPA ditandatangani oleh anda dan penjual, baru anda boleh buat permohonan online di website LPPSA. Anda perlu melantik Peguam Hartanah Panel LPPSA bagi menguruskan semua dokumen perjanjian.
Kos Pembelian Rumah
Apabila anda menggunakan pinjaman perumahan kerajaan, anda perlu sediakan duit poket sendiri bagi kos :
1. Peguam untuk Surat Perjanjian Jual Beli (SPA)
2. Peguam untuk surat perjanjian jual beli (SPA).
3. Peguam untuk surat perjanjian pinjaman perumahan (loan agreement).
4. Duti setem pindah milik (MOT).
Nanti ada kos-kos tambahan atau disbursement bergantung kepada sesuatu hartanah. Oleh itu saya cadangkan anda dapatkan quotation atau sebut harga daripada peguam hartanah yang mahir bagi urusan LPPSA.