7 Dokumen Wajib Ada Untuk Jual Rumah

Sebelum menjual hartanah, terdapat beberapa dokumen yang anda harus sediakan. Dokumen-dokumen ini penting untuk anda proses persiapan perjanjian jual beli hartanah anda, pengiraan keuntungan dan baki hasil jualan dan mengetahui perkara yang anda harus selesaikan sebelum menjual rumah anda.

Berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk menjual rumah:

  • Salinan Kad Pengenalan

Pertama sekali anda harus menyediakan kad pengenalan anda. Pastikan nama anda pada perjanjian jual beli dan kad pengenalan anda adalah sama. Salinan kad pengenalan mestilah jelas supaya mudah untuk pihak peguam membacanya.

Dokumen ini diperlukan untuk ejen hartanah pastikan yang hartanah ini adalah milik anda dan sebagai kegunaan untuk proses persiapan dokumen proses jual beli nanti dengan bakal pembeli.

  • Salinan Perjanjian Jual Beli

Salah satu dokumen penting yang anda kena sediakan adalah perjanjian jual beli. Perjanjian jual beli ini anda akan dapat salinan selepas anda menandatangani dokumen ini dan di stamping.

Dalam perjanjian jual beli ini terdapat beberapa info penting tentang hartanah anda terutama alamat, nombor hakmilik/ geran, size hartanah dan juga syarat-syarat yang melibatkan hartanah anda.

Berikut adalah contoh perjanjian jual beli. Terdapat info tarikh di stamp, nama penjual atau pemaju, nama pembeli dan juga peguam yang menguruskan.

  • Salinan Geran / Hakmilik Sementara

Salinan geran atau hakmilik penting kerana selalunya di sini tertulis jenis milikan hartanah tersebut, sekatan-sekatan yang anda serta tempoh hakmilik rumah anda.

Perkara ini penting kerana tidak semua peguam peguam meletakkan kesemua info di dalam geran ini diletakkan di dalam perjanjian jual beli.

Dari sini barulah anda tahu jenis milikan hartanah anda dan tempoh pajakan sekiranya ada.

Saya kongsikan contoh Salinan hakmilik untuk rujukan anda.

  • Salinan Perjanjian Pembiayaan Dengan Pihak Bank

Salinan Perjanjian Pembiayaan dengan pihak bank ini mengandungi segala perjanjian anda dengan pihak bank terutama tentang bayaran bulanan, cas kelewatan, diskaun yang anda dapat, terma syarat perubahan kadar bayaran bulanan, dan lain-lain.

Ia juga ada menyatakan sama ada pembiayaan ini ada mengandungi terma ‘lock in period’ atau tidak yang boleh mengurangkan jumlah baki hasil jualan hartanah anda.

  • Cukai-Cukai

Selain dokumen di atas, Salinan cukai terkini juga penting. Kebiasaannya peguam akan meminta cukai pintu dan cukai tanah sebelum anda menandatangani perjanjian jual beli ini.

  • Surat Dari Bank Tentang Cas Kelewatan

Sekiranya anda pernah terbayar lewat dengan pihak bank, kenalpasti kandungan surat yang anda terima untuk mengetahui jumlah cas kelewatan yang bank cas kepada anda.

Kebiasaanya surat akan datang sekali dengan cas guaman. Cuba semak sekiranya anda ada terlewat bayar kepada pihak bank tersebut.

  • Bil-Bil Terkini

Yang terakhir, cuba semak bil terkini rumah anda. Pastikan tiada tunggakan. Antara bil-bil tersebut adalah bil api, bil air, bil IWK, dan Salinan yuran selenggara yang terkini. Pastikan tiada tunggakan untuk pastikan proses jual beli hartanah anda berjalan lancar.

Kesimpulan

Adalah penting untuk kita menyimpan dokumen-dokumen yang berkaitan rumah ini terutama ketika ingin menjual rumah. Sekiranya dokumen anda hilang dan tidak ditemui, sila hubungi ejen hartanah anda serta peguam anda untuk mendapatkan bantuan.

Compare listings

Compare
Klik sini untuk chat
1
Perlukan Bantuan?
Hello, bagaimana saya boleh bantu anda?